Cameron Highland kini lengang walaupun cuti umum, ini puncanya…

Cameron Highland kini lengang walaupun cuti umum, ini puncanya. Meskipun cuti umum, kawasan pelancongan tanah tinggi Cameron Highlands lengang tanpa kehadiran pengunjung selain aliran trafik turut lancar apabila kurang kenderaan di jalan raya.

Tinjauan sempena cuti umum perayaan Thaipusam hari ini, mendapati kawasan Ringlet, Tanah Rata, serta pekan Brinchang di Cameron Highlands kurang kenderaan berpusu-pusu, sama ada di jalan raya mahupun yang diparkir di petak disediakan.

Malah premis seperti kedai makan serta premis penginapan hotel bajet di sekitar pekan Brinchang juga sepi kurang kehadiran pengunjung.

Antara Punca Cameron Highlands Kurang Pengunjung

Pengusaha restoran di Brinchang, Mohd Hasrul Syukri, 34, berkata situasi sedemikian bukan hanya berlaku hari ini sebaliknya sejak hujung tahun lalu iaitu ketika negara digemparkan dengan beberapa siri insiden tanah runtuh yang mera gut nya wa di kawasan menjadi tumpuan itu.

Cameron Highland kini lengang walaupun cuti umum, ini puncanya...

Beliau berkata, keadaan itu dilihat bertambah ‘parah’ susulan fenomema banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Pahang sejak bulan lalu, sekali gus memberi tamparan hebat kepada perniagaan restoran diusahakannya.

“Selain kejadian tanah runtuh hujung tahun lalu, banjir yang melanda di beberapa kawasan sedikit sebanyak turut menjejaskan laluan dari negeri Pahang iaitu di Raub dan Bentong untuk ‘naik’ ke Cameron Highlands.

“Terlalu banyak info mengenai tanah runtuh di Cameron Highlands yang disebarkan melalui media sosial, mungkin menyebabkan pengunjung luar takut untuk ke sini, sekali gus turut memberi tekanan kepada peniaga,” katanya ketika ditemui BH di sini, hari ini.

Katanya, berbeza dengan situasi ketika sektor pelancongan kembali beroperasi sejurus kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN) beberapa bulan lalu yang menyaksikan, limpahan pelancong mengunjungi Cameron Highlands sehingga menyebabkan aliran trafik sesak.

Beliau berkata, malah perniagaannya juga mengalami penyusutan keuntungan sehingga 90 peratus berbanding biasa.

Cameron Highland kini lengang walaupun cuti umum, ini puncanya...

“Ia (penyusutan) berlaku termasuk pada hari yang lazimnya ramai pelancong seperti perayaan Krismas dan Tahun Baharu. Sedangkan, hari cuti umum lazimnya ia mendatangkan lebih rezeki kepada kami,” katanya.

Pekerja di pasar raya mini berdekatan Brinchang, Speedy anak Ujoh, 41, turut mengakui mengalami situasi sama apabila keadaan sekitar lengang sejak kejadian tanah runtuh hujung tahun lalu.

“Kereta kurang manakala hotel bajet sekitar pun macam tiada pengunjung. Mereka yang datang ke sini mungkin berani ambil risiko atau tidak terjejas banjir sahaja,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut dua nyawa pada 2 Disember tahun lalu selepas kenderaan dipandu mereka ditimbus runtuhan tanah di Laluan di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Beberapa siri runtuhan tanah dilaporkan juga berlaku di laluan alternatif iaitu Jalan Tapah-Ringlet, Cameron Highlands.

Baca Juga : Vaksin Covid : Tular lelaki meninggal dunia kerana dos penggalak, isteri tampil buat penjelasan
Makanan RMT : Ramai terkejut hanya nasi dengan kuah sahaja seperti ditular
”Maaf ayah ibu, aku hanya mampu sara diri sendiri” luahan graduan PhD buat ramai sebak