Cahaya misteri muncul dilangit cetus kegelisahan penduduk, hilang setelah disambar kilat

Cahaya misteri muncul dilangit cetus kegelisahan penduduk, hilang setelah disambar kilat. Sejak kebelakangan ini, makin kerap pula berita mengenai penampakan cahaya misteri yang dikaitkan dengan UFO dilaporkan di media-media semasa.

Baru-baru ini, satu cahaya misteri berwarna putih telah muncul di ruang langit sebuah kawasan pendalaman di negeri Queensland, Australia. Cahaya misteri itu dilihat muncul hanya dalam beebrapa saat sahaja sebelum ianya hilang dari pandangan di langit.

Seorang wanita yang berada di Queensland telah mengesan kewujudan cahaya misteri tersebut selepas ianya dirakamkan dari dashcam sebuah kereta di bandar Mount Isa, Queensland. Dalam video yang dikongsikan, ‘objek’ tersebut juga kelihatan seperti kena sambaran kilat di langit.

Cahaya misteri muncul dilangit cetus kegelisahan penduduk, hilang setelah disambar kilat

Selepas itu, wanita itu kemudiannya meminta pendapat daripada para pengguna media sosial di kelab peminat Radar Biro Meteorologi di Facebook.

Cahaya misteri muncul dilangit cetus kegelisahan penduduk, hilang setelah disambar kilat
Cahaya putih itu kelihatan seperti disambar kilat sebelum hilang dari pandangan

Wanita ini bertanyakan sama ada sesiapa tahu apakah sebenarnya cahaya misteri berwarna putih yang dirakam dari dascam kereta itu.

Beberapa orang mengutarakan pendapat mereka bahawa cahaya itu berkemungkinan adalah objek terbang yang tidak dikenali (UFO). Namun ada juga yang percaya bahaya objek bercahaya putih itu merupakan meteor atau tahi bintang.

Baca Juga : Vaksin Covid : Tular lelaki meninggal dunia kerana dos penggalak, isteri tampil buat penjelasan
Makanan RMT : Ramai terkejut hanya nasi dengan kuah sahaja seperti ditular
Hati-hati jika terjumpa ulat ini melekap di dinding rumah..