Mungkin ramai pelajar tidak tahu, rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven telah wujud di Malaysia sejak tahun 1984, bermula dengan pembukaan cawangan pertama di Bukit Bintang.
Setelah 40 tahun beroperasi di Malaysia, kini terdapat lebih daripada 2,400 cawangan di seluruh negara.
Pada tahun lalu, syarikat tersebut telah membuka 7CAFé yang ke-100 di The Tropika Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menariknya, cawangan ini menawarkan pengalaman membeli-belah dengan kemudahan gaya hidup yang kini menjadi pilihan trend di Malaysia.
Jika anda perhatikan, produk yang terdapat di 7CAFé semakin menarik dari hari ke hari, dan kini terdapat pelbagai pilihan makanan untuk sarapan yang pasti akan menjadi pilihan ramai.
Baru-baru ini, 7-Eleven Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kemudahan komisari dan memperkenalkan seorang chef tempatan iaitu Chef Riza, sebagai Pengurus Dapur Pusat.
Chef Riza mempunyai pengalaman luas dalam dunia kulinari dan pernah bekerja di hotel berbintang 5, pusat perubatan swasta, dan banyak lagi.
Selain itu, Chef Riza akan membawa idea dan karya kulinarnya untuk dinikmati oleh pelanggan melalui produk-produk yang ditawarkan di 7CAFé.
Menurut Chef Riza, beliau akan membentuk satu pasukan yang hebat dengan langkah-langkah yang teratur untuk menghasilkan produk yang terbaik.
Selain itu, beliau juga berhasrat untuk bekerjasama dengan pakar-pakar dari Jepun yang berada di dalam rangkaian 7-Eleven untuk mendapatkan pandangan dan cara terbaik.
Pada masa yang sama, 7-Eleven berkomitmen untuk menyokong pengeluaran bahan mentah dari pembekal tempatan yang juga akan digunakan dalam menyediakan pelbagai hidangan baru.
Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan tempatan yang bersesuaian dengan musim, seperti durian dan bunga kantan.
Selain mempunyai ‘pasukan terbaik’ dapur komisari 7-Eleven juga bakal dilengkapi dengan mesin-mesin baharu yang bakal mengurangkan pengendalian makanan secara manual dan ini secara tak langsung meningkatkan konsistensi produk.
Chef Riza mengakui terdapat beberapa perkara yang bakal menjadi kekangan bagi membekalkan makanan segar seperti makanan dingin yang biasanya bergantung kepada masa dan suhu. Sekiranya ia tidak diawasi, pastinya makanan akan cepat rosak dan sebagainya.
Oleh itu, menurutnya, setiap aspek pengendalian makanan bermula dari perolehan bahan sehinggalah dibekalkan pada kedai, kualitinya akan dipastikan dalam keadaan terbaik.
Salah satu contoh produk hasil tangan Chef Riza yang boleh kalian nikmati di lebih dari 700 cawangan 7CAFé dan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia ialah rangkaian sandwich dengan resipi terbaharu seperti Spicy Lime Sardine, Tuna Mayo Sandwich, dan banyak lagi dengan harga bermula dari RM 4.90.
Namun, bukan hanya itu saja. Terdapat berbagai macam hidangan lain yang ditawarkan di 7CAFé dan 7-Eleven yang anda boleh lihat sendiri di sini.
Sambil menikmati hidangan, jangan lupa untuk muat turun aplikasi My7E untuk mendapatkan pelbagai manfaat seperti promosi khas, kutipan mata, dan berbagai keuntungan lainnya jika kalian mendaftar sebagai member My7E.