Cacar monyet makin ‘gila’ serang lelaki gay

Cacar monyet makin ‘gila’ serang lelaki gay. Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam.

Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain.

Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara kes masih dalam siasatan, kata agensi sama.

Baca Artikel Penuh