Bursa Malaysia hari ini ditutup lebih rendah

Bursa Malaysia hari ini ditutup lebih rendah

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur petang ini dengan sokongan belian berterusan dilihat di kaunter telekomunikasi dan media serta penjagaan kesihatan yang sekali gus telah membantu mengehadkan kerugian dalam indeks penanda aras, kata seorang peniaga.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.09 mata kepada 1,581.37 daripada penutupan urus niaga Isnin 1,582.46.

Indeks utama dibuka 3.64 mata lebih tinggi pada 1,586.10 hari ini dan bergerak antara 1,578.63 dan 1,586.10 sepanjang hari.

Pergerakan harga di pasaran agak positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 494 berbalas 487 sementara 477 kaunter tidak berubah, 695 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5.84 bilion unit bernilai RM3.65 bilion daripada 7.01 bilion unit bernilai RM3.94 bilion semalam.

Axiata dan IHH Healthcare adalah antara penyumbang utama indeks penanda aras; kedua-duanya meningkat masing-masing 7.0 sen kepada RM3.92 dan RM5.57.

Sementara itu, seorang penganalisis berkata pasaran Asia kebanyakannya tinggi pada hari Selasa, berikutan kenaikan di Wall Street semalaman.

Beliau menambah pelabur turut memantau mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang amat dinanti-nantikan untuk melihat sama ada terdapat perubahan kepada tinjauan dasar monetari AS.

Dalam pada itu, saham berwajaran tinggi Maybank 1.0 sen lebih tinggi pada RM8.20 dan CIMB Group menambah 3.0 sen kepada RM4.62, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.10, Public Bank turun 2.0 sen kepada RM4.21 dan TNB lebih rendah sebanyak 12 sen kepada RM9.94.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik turun 6.5 sen kepada 68 sen, Borneo Oil menyusut setengah sen kepada 3.5 sen sementara DNex dan Privasia masing-masing naik 2.5 sen kepada 89 sen dan 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.64 mata kepada 11,567.85, Indeks FBMT 100 naik 3.22 mata kepada 11,247.15, dan FBM ACE menambah 37.35 mata kepada 7,704.92.

Indeks FBM Emas Syariah susut 1.69 mata kepada 12,711.75, sementara FBM 70 melonjak 46.76 mata kepada 15,076.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 5.22 mata kepada 15,316.69, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.71 mata kepada 193.93, manakala Indeks Perladangan turun 75.59 mata kepada 6,602.37.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 3.96 bilion saham bernilai RM2.92 bilion daripada 5.43 bilion saham bernilai RM3.49 bilion pada penutup Isnin.

Jumlah dagangan waran pula meningkat kepada 322.62 juta unit bernilai RM32.77 juta daripada 322.08 juta unit bernilai RM24.91 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.56 bilion saham bernilai RM687.72 juta berbanding 1.25 bilion saham bernilai RM419 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 563.23 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (994.25 juta), pembinaan (191.57 juta), teknologi (747.75 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (89.20 juta), hartanah (197.34 juta), perladangan (25.68 juta), REIT (12.81 juta), dana tertutup (6,500), tenaga (884.98 juta), penjagaan kesihatan (46.10 juta), telekomunikasi dan media (82.11 juta), pengangkutan dan logistik (75.55 juta) dan utiliti (44.76 juta).

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2021/06/828221/bursa-malaysia-ditutup-lebih-rendah