Bunyi percikan air tengah malam, temui bangkai kambing tanpa kepala resahkan penduduk

Tak dinafikan, penemuan bangkai kambing tanpa kepala di dalam air di Sungai Chattahoochee, Georgia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. Lebih menyeramkan apabila ada individu mendakwa terdengar bunyi percikan air sungai pada waktu malam.

Buang bangkai kambing dalam sungai

Bunyi percikan air tengah malam, temui bangkai kambing tanpa kepala resahkan penduduk

Pihak polis Amerika Gorgia mendakwa bangkai kambing tanpa kepala yang ditemui itu kemungkinan adalah haiwan yang dikorbankan oleh kumpulan kultus untuk acara ritual mereka. Menurut seorang individu iaitu Jason Ulseth mendakwa sejak beberapa minggu ini, dia ada melihat sekitar 30 ekor bangkai kambing terapung dalam sungai berkenaan.

Dalam beberapa tahun, saya nampak ratusan, tapi tak lebih 20 atau 30 ekor pada satu masa sepertimana kita lihat sekarang.

Menurut sumber, upacara ritual itu turut dilakukan kumpulan kultus pada siang hari. Selepas itu, mereka dipercayai membuang bangkai haiwan tersebut ke dalam sungai. Namun tindakan kejam kumpulan tersebut berjaya dirakam seorang individu sebelum ianya tersebar di media sosial.

Dia (saksi) terdengar bunyi bangkai terjatuh dalam sungai dengan percikan air yang besar, bukan sahaja di tengah malam, tetapi di siang hari.

Jelas Jason lagi, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjaga kebersihan alam sekitar kerana sungai itu merupakan antara sumber minuman untuk 5 juta penduduk di kawasan tersebut. Difahamkan, setakat ini pihak polis masih belum membuka kertas siasatan berkaitan perkara itu.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/penemuan-bangkai-kambing-tanpa-kepala-dalam-sungai-bikin-bimbang-saksi-dengar-bunyi-percikan-air-waktu-malam

BACA JUGA : Tular satu kubur tak terusik kepala air tragedi Gunung Jerai, ini pemiliknya