Bunyi kambing dan biri-biri ganggu hidup, Ronaldo pindah rumah

Bunyi kambing dan biri-biri ganggu hidup, Ronaldo pindah rumah.Tidak tahan dengan bunyi kambing biri-biri yang kerap mengganggu tidur mereka, Cristiano Ronaldo dan keluarganya terpaksa berpindah ke kediaman baharu.

Pemain Manchester United berusia 36 tahun itu yang mementingkan rehat mencukupi setiap kali selepas perlawanan berpindah daripada rumah tujuh bilik ke kediaman lain berharga £3 juta (RM17 juta) milik bekas bintang Man United.

Legenda Man Utd dan keluarganya sebelum ini menginap di kediaman berharga £6 juta (RM34 juta) di kawasan lebih luas tetapi mereka hanya bertahan tak sampai seminggu angkara biri-biri selain bimbangkan keselamatan.

Sumber berkata: “Walaupun rumahnya tersergam indah dan dikelilingi padang menghijau, ia terletak berdekatan dengan kawasan biri-biri yang sangat bising pada awal pagi.

kambing

“Ronaldo seorang pemain profesional sebenar yang memerlukan banyak rehat untuk memulihkan tubuh selepas perlawanan, jadi keputusan terbaik ialah berpindah dari situ.”

Kediaman baharunya di Cheshire mempunyai kolam renang, bilik pawagam dan empat garaj kereta untuk menampatkan koleksi kereta mewahnya selain mempunyai kamera CCTV, pagar elektrik dan dipantau pengawal keselamatan.

Ronaldo tampil cemerlang pada perlawanan pertamanya dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Newcastle United 4-1 pada Sabtu lalu dan satu gol ketika tewas 1-2 kepada Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara semalam.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/09/755766/kambing-kacau-tidur-ronaldo-pindah-rumah

BACA: Agenda Pas akan dilaksana secara berperingkat – Nik Zawawi

COMMENTS

Wordpress (0)