Bung mengaku kelemahannya, bagaimana pula dengan Zahid Hamidi ?

Bung mengaku kelemahannya, bagaimana pula dengan Zahid Hamidi ?

Bung Mokhtar Radin minta maaf kepada Zahid Hamidi kerana gagal jadi Ketua Menteri Sabah. Kalau Bung dah mengaku kelemahannya dan minta maaf, bagaimana pula dengan Zahid Hamidi.

Zahid juga perlu berbuat perkara sama, mohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana beliau gagal menjadikan Bung sebagai Ketua Menteri Sabah sedang masa kempen PRN Sabah, Zahid beriya-iya mahukan Umno dilantik jadi KM. Bukan main lagi tegas tetapi selepas selesai pilihan raya macam pijak semut pun tak mati.

Seloknya setelah kedua-dua mereka melakukan kesalahan, maka eloklah mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan. Baik Bung dan Zahid mereka bertanggungjawab atas kegagalan Umno.

Melainkan mereka tidak ada integriti maka mereka tidak akan ada rasa malu. Sebenarnya kalau mereka ada integriti dan tahu malu apabila sudah dihadap ke mahkamah dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram mereka sepatutnya tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Umno. Trims.

Sumber :

BUNG DAN ZAHID PATUT BERTANGGUNGJAWABBung Mokhtar Radin minta maaf kepada Zahid Hamidi kerana gagal jadi Ketua Menteri…

Posted by Mohd Sayuti Omar II on Wednesday, September 30, 2020

 

COMMENTS