Bukit Aman sudah ambil keterangan ‘Sittah Annur’ dirumahnya

Bukit Aman

Bukit Aman sudah ambil keterangan ‘Sittah Annur’ dirumahnya.Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan seorang wanita dikenali sebagai ‘Sittah Annur’ yang dikaitkan dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), semalam.

Menurut sumber, sepasukan anggota polis mengambil keterangan Sittah Annur atau nama sebenarnya Masitah Ab. Jalar di rumahnya di Selangor.

Sumber berkata selain Sittah Annur, suaminya dan pengikut-pengikut rapatnya turut dirakam percakapan dan keterangan bagi meneliti dan memastikan kebenaran pelbagai dakwaan yang dibuatnya.

“Namun, adalah jelas bahawa tindakan beliau ini telah menimbulkan kegusaran umum dan mengganggu-gugat ketenteraman awam serta boleh dikenakan tindakan keras di bawah undang-undang yang berkaitan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setakat ini, perhubungan wanita itu dengan para pengikutnya adalah secara maya (melalui media sosial) dan tiada pertemuan secara fizikal.

Bukit Aman

Sumber berkata pihaknya juga telah mengenal pasti identiti sebenar Sittah Annur dan sedang memantau pergerakannya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita berkenaan juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan isu dan kegiatan wanita berkenaan masih dalam kawalan dan PDRM tidak boleh terburu-buru ketika melakukan siasatan kerana perlu mengumpul maklumat lengkap serta siasatan yang melibatkan jabatan lain termasuk jabatan agama Islam.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pmyt-bukit-aman-ambil-keterangan-sittah-annur-317578

BACA: Panas !!! Paip dasar sungai pecah, SPAN panggil UPEN Terengganu beri keterangan