Bukan SD sokong Muhyiddin, hanya surat akuan pertahan kerajaan PN – Nazri

Bukan SD sokong Muhyiddin, hanya surat akuan pertahan kerajaan PN – Nazri

Bukan SD sokong Muhyiddin, hanya surat akuan pertahan kerajaan PN. Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz mengesahkan bahawa sekumpulan anggota parlimen BN mengadakan perjumpaan kelmarin di Wisma Perwira, Kuala Lumpur – bangunan milik Kementerian Pertahanan.

Bagaimanapun, dia berkata ahli parlimen menandatangan “surat akuan mempertahankan PN” dan bukannya akuan berkanun (SD).

“Ya, saya mengesahkan perjumpaan semalam. Tapi, kami tidak tandatangan sebarang SD.

“SD hanya boleh ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.

“Kami membuat surat akuan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada Malaysiakini.

SD

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas perjumpaan berkenaan.

Terdahulu, Malaysiakini memetik sumber Umno melaporkan bahawa sebanyak 26 ahli parlimen BN termasuk wakil komponen BN (MCA, MIC dan PBRS) menghadiri perjumpaan itu yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum perjumpaan itu, Ismail memberitahu bahawa 40 daripada 42 ahli parlimen BN menyokong Muhyiddin.

Kenyataan ahli parlimen Bera itu disusuli oleh kenyataan Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz, yang mengecam kenyataan itu sebagai palsu.

Nazri turut mengesahkan pertemuan 40 ahli parlimen BN di parlimen, dengan dua yang tidak hadir – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Bagan Ahmad Zahid Hamidi – sebagai yang tidak menyokong Muhyiddin.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585623

BACA: Panas !!! Tular senarai MP BN sokong Muhyiddin, netizen ucap ‘bye-bye yidin’