Bukan lagi Menteri, Zulkifli akan kembali menulis buku

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan kembali menulis buku selepas tidak lagi menjadi menteri.

Beliau berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di YouTube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.

“Mungkin selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces. Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama,” katanya di Twitter.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku

Beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahannya selama lebih 17 bulan menggalas tugas sebagai menteri.

“Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang 17 bulan 6 hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua,” katanya lagi.

Zulkifli turut menjunjung kasih atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri.

Beliau bersama anggota jemaah kabinet meletak jawatan pada Isnin susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang apabila beliau (Muhyiddin) terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO pada awal Ogos.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-lagi-bergelar-menteri-zulkifli-akan-kembali-tulis-buku-314387

BACA JUGA : Mat Sabu dakwa Muhyiddin dihukum atas pengkhianatanya