Bukan Islam turut kecewa terhadap layanan kepada Ebit Lew

Bukan Islam turut kecewa terhadap layanan kepada Ebit Lew

Beberapa hari ini kisah Ustaz Ebit Liew menjadi perhatian. Paling mengecewakan apabila Ustaz Ebit Liew di panggil memberi keterangan di balai polis.

Kekecewaan itu bukan diluahkan oleh orang Islam sahaja malah Non muslim turut melahirkan kekecewaan di atas apa yang berlaku kepada Ustaz Ebit Liew.

Menarik satu akaun facebook atas nama Prasanth Kumar Brakasam yang memuat naik di status facebooknya;-

“Saya tidak setuju layanan yang diberikan terhadap Ustaz Ebit Lew yang meminta maaf dan tidak akan keluar untuk memberikan bantuan sepanjang PKP. Orang susah perlukan insan seperti ini.

Walaupun statusnya ringkas, namun mesejnya cukup berkesan apatah lagi di saat umat Islam sedang menjalani ibadah Ramadhan.

Orang seperti ustaz Ebit Liew yang diperlukan di saat-saat suasana sekarang ini.

Sumber:

Saya tidak setuju layanan yang diberikan terhadap Ustaz Ebit Lew yang meminta maaf dan tidak akan keluar untuk memberikan bantuan sepanjang PKP. Orang susah perlukan insan seperti ini.

Posted by Prasanth Kumar Brakasam on Friday, April 24, 2020

 

COMMENTS