Bukan hanya kilang jadi penyumbang kluster – Adham

Bukan hanya kilang jadi penyumbang kluster – Adham

Bukan hanya kilang malah ada sub kluster lain yang menyumbang kepada peningkatan kluster Covid-19 di tempat kerja.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, antara sub kluster itu termasuklah pembuatan, perkhidmatan awam, perkhidmatan swasta dan restoran.

Berikutan itu, Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meneliti dan meningkatkan vaksinasi melalui Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dalam usaha membendung kewujudan kluster di tempat kerja.

Kilang bukan punca

“Sebanyak 2,244 kluster Covid-19 direkodkan sejak 1 Januari hingga 26 Jun lalu, 1,378 sudah tamat dan 887 masih aktif sehingga kini.

“Pengilangan adalah yang tertinggi dengan 284 kluster, 82 di sektor swasta, 47 di tapak bina, 29 di sektor perkhidmatan awam dan 14 di restoran.

“Tiga lagi di sektor cari gali, tiga di hotel, 11 ladang dan 52 pasar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Hadir sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), Khairy Jamaluddin.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/724702/bukan-hanya-kilang-penyumbang-peningkatan-kluster-covid-19

BACA JUGA : Siapa mulakan kempen kibar bendera putih?