Bukan Fake : Jem di Tol Gombak libatkan kenderaan dapat kebenaran

Polis mengesahkan berlaku kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Gombak dari arah Bentong ke Gombak pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kemuncak kesesakkan berlaku pada pukul 8 malam hingga 9.30 malam melibatkan jarak sejauh 1.8 Kilometer dari Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Kesesakan lalu lintas ini berpunca daripada pertambahan pengguna jalan raya yang menggunakan surat kebenaran MITI yang sebelum ini tidak dibenarkan mulai 18 Julai hingga 21 Julai dan janji temu untuk vaksinasi di sekitar Lembah Klang.

Tol gombak

Gambar tular yang memaparkan kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Gombak pada Khamis lalu.

“Selain daripada itu, ia juga disebabkan banyak kenderaan ‘essential’ (kenderaan perdagangan) yang membawa barangan untuk merentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihak polis telah membuat pemeriksaan teliti ke atas kenderaan yang melalui SJR tersebut bagi memastikan tiada mana-mana pihak mengambil peluang dan kesempatan untuk merentas negeri.

“Sepanjang pemeriksaan yang dijalankan, kebanyakan pengguna jalan raya mempunyai surat kebenaran dan hanya dua kompaun dikeluarkan pada waktu tersebut atas kesalahan tidak mempunyai sebarang surat kebenaran merentas negeri.

“Bagi memastikan kelancaran pergerakan, pihak polis telah membuka tiga lorong untuk pemeriksaan di SJR. Pihak polis juga menasihatkan orang ramai dan pengguna jalan raya agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan bersama-sama dalam membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda,” jelasnya.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Gombak yang dipercayai berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 8.42 malam.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/24/polis-sahkan-berlaku-kesesakan-lalu-lintas-di-tol-gombak/

BACA JUGA : Panas !!! Teka teki tempat duduk Ahli Parlimen Umno 26 Julai di Parlimen

COMMENTS

Wordpress (0)