Budak sekolah tingkatan 2 kena rogol oleh 8 lelaki

Budak sekolah tingkatan 2 kena rogol oleh 8 lelaki. Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September lalu.

Beliau berkata, polis menerima satu laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

Baca Artikel Penuh