Budak leka main layang-layang terjumpa duit dalam longkang! Sekali lain pula yang jadi.
SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan penemuan beg plastik mengandungi sejumlah wang kertas, dalam saluran air.
Wang kertas tersebut ditemui ketika seorang kanak-kanak sedang bermain layang-layang.
Video yang menyaksikan penduduk berebut wang kertas berkenaan, tular di media sosial.
Wang kertas yang dijemurkan. gambar Kompas.com / AAM Aminullah
Kejadian berlaku di Kampung Cimuja, Cimalaka di Sumedang, Jawa Barat di Indonesia, pada Selasa.
Setiausaha Kampung Cimuja, Lukman Hakim mengesahkan mengenai insiden berkenaan.
“Kejadian berlaku pada sebelah petang. Ia adalah wang kertas Rp1,000 (RM0.31) yang dikeluarkan pada 2022.
“Kesemuanya dalam beg plastik dengan keadaannya berlumpur,” kata Lukman ketika dihubungi, pada Rabu.
Lukman berkata, tidak dipastikan jumlah keseluruhan wang di dalam beg plastik itu kerana ketika ditemui, penduduk sudah berebut-rebut untuk mendapatkannya.
“Penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian berebut-rebut mendapatkan wang apabila mendapati terdapat berpuluh-puluh gumpalan wang tunai di dalam beg plastik.
“Keadaan wang basah dan berlumpur. Penduduk yang mengambil wang itu kemudian membawanya pulang untuk dijemurkan,” kata Lukman.
BACA:
Siti Nurhaliza tiba-tiba dedah pernah menangis kerana peminat, rupanya ini sebenar yang berlaku