Bubar DUN : Ketua Menteri Sarawak akui menghadap Agong, dedah isi perbincangan

Bubar DUN? Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengaku beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam, namun bukan berkaitan pilihan raya negeri (PRN).

Beliau menjelaskan, pertemuan itu hanya berbincang mengenai darurat dan Covid-19 di Sarawak.

Abang Johari terkejut apabila spekulasi tersebar sejak semalam mendakwa beliau menghadap Agong untuk mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

“Saya memang menghadap (Agong), tetapi untuk bertanya macam mana dengan darurat di Sarawak selain berkenaan Covid-19, itu sahaja,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ditanya mengenai kemungkinan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam masa terdekat, Abang Johari menafikannya dengan alasan itu bukan kuasanya.

bubar dun

“Mana saya tahu, itu kuasa Agong,” katanya sambil memberitahu beliau tidak boleh mendedahkan secara terperinci perkara di luar kuasanya.

Mengenai laporan akhbar tempatan semalam yang menjangkakan DUN Sarawak dibubar hari ini, Abang Johari berkata, beliau terkejut apabila membacanya.

Bagaimanapun katanya, beliau memahami sekarang ramai yang menjangkakan PRN12 akan diadakan berikutan keadaan Covid-19, semakin baik.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan 7 Jun lalu, namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Pada 30 Julai lalu, Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung PRN diadakan dalam tempoh berkenaan.

DUN Sarawak terdiri daripada 82 kerusi yang mana 69 daripada ADUN daripada Gabungan Parti Sarawak, manakala sekutunya, Bersatu satu kerusi.

Pembangkang pula terdiri PH dan Parti Sarawak Bersatu memiliki 11 kerusi, Bebas (1) sementara satu kerusi kosong iaitu DUN Pujut selepas penyandangnya hilang kelayakan.

BACA JUGA :

Terkini !!! Mahkamah benar Najib, anak tangguh bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion

Panas !!! Pandelela dedah jurulatih kerap buat lawak lucah, terpalit kes rogol ‘dilindungi’

Panas !!! Isu Pulau Batu Puteh, akhirnya Tun M bersuara

COMMENTS

Wordpress (0)