Buaya tak cam tuan, gigit tangan pelatih

Buaya

Buaya tak cam tuan, gigit tangan pelatih.Sebuah majlis parti ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS) bertukar menjadi kelam-kabut apabila seekor buaya menyerang pelatih haiwan itu baru- baru ini.

Kejadian itu berlaku pada 14 Ogos lalu di Scales and Tails, Utah di bandar raya tersebut.

Buaya itu dengan tiba-tiba menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya.

Pelatih wanita berkenaan kemudian cuba menarik keluar tangannya dari mulut buaya tersebut dan tidak dilepaskan oleh reptilia itu.

Buaya

Seorang pelawat, Donnie Wiseman bertindak nekad melompat ke dalam air sebelum berbaring dan memeluk badan buaya tersebut bagi membantu pelatih berkenaan mengeluarkan tangan dari mulut buaya tersebut.

Tangan pelatih wanita berkenaan kemudian berjaya dikeluarkan dari mulut buaya tersebut selepas beberapa pengunjung lain turut membantu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/buaya-baham-tangan-pelatih-haiwan-314675

BACA: Panas !!! Ketua Pemuda Umno dedah syarat calon PM, tidak terikat struktur PN