Buat tempahan untuk 60 orang sekali tuan badan tak datang, menangis tokei restoran melayu ni..Bulan Ramadan kali ini melihatkan pelbagai gelagat pembeli serta peniaga tak kiralah di restoran atau bazaar. Ada yang lucu, ada juga yang mengundang kecaman warganet. Selain itu, dilihat banyak juga kejadian buruk yang menimpa peniaga sehingga terpaksa menanggung kerugian.
60 Pelanggan Tak Muncul Selepas Buat Tempahan
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, sebuah restoran didapati mengalami kerugian yang besar apabila 60 pelanggan tak muncul selepas buat tempahan sehinggalah waktu operasi berakhir.
Kejadian ini telah dikongsikan di laman TikTok oleh Hasniza Hasim.
Video yang dimuatnaik menunjukkan suasana restoran yang sudah bersedia untuk menyambut kedatangan pelanggan yang sudah membuat tempahan iftar untuk 60 orang. Namun, menjelang waktu berbuka, tiada satu pun yang tiba di restoran.
@hsnzahsm Bulan2 ramadhan ni jangan la duk aniaya orang 😭 #fyp #foryoupage ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Staf restoran mula rasa tak sedap hati. Mengapa orang yang sudah tempah tempat berbuka tidak muncul-muncul lagi?
Dalam hati, mereka menganggap mungkin pelanggan seramai 60 orang itu akan datang selepas waktu berbuka. Namun, malangnya tiada satu pun yang datang sehingga restoran ditutup.
Bila dihubungi pelanggan yang membuat tempahan, tiada seorang pun yang menjawab. Staf restoran juga sudah cuba untuk hubungi pelanggan tersebut berkali-kali namun masih tiada jawapan.
60 Pelanggan Tak Muncul Selepas Buat Tempahan
Meskipun pemilik video tiada kena mengena dengan pihak restoran, dia cukup kesal dengan kejadian tersebut. Lebih mengecewakan, pihak restoran juga didapati tidak mengambil sebarang deposit daripada pelanggan tersebut.
Justeru, dia merayu kepada semua pelanggan supaya tidak menganiaya pihak restoran yang sudah melakukan pelbagai persiapan namun akhirnya terpaksa menanggung kerugian.
TONTON :
BACA:
“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni
Muzik Video unsur LGBT : Aliff Syukri tiba di bangunan SKMM beri keterangan