Boustead mungkin kerugian RM890 Juta kesan dari isu LCS

Boustead mungkin kerugian RM890 Juta kesan dari isu LCS. Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dijangka mengalami kerugian lebih RM890 juta akibat salah urus dan ketidakmampuan syarikat itu dalam mengendalikan projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan di dalam Berita Harian Online hari ini, kerugian itu disebabkan pertindihan Surat Anugerah (LOA), tuntutan berganda, penukaran mata wang, barangan yang tidak dihantar, dan dakwaan pembayaran palsu kepada syarikat.

Berdasarkan Laporan Audit Forensik BHIC, daripada jumlah RM890 juta itu, RM537 juta kerugian disebabkan tuntutan berganda untuk perkhidmatan yang sama dengan tatanama berkaitan kos perkhidmatan dan sistem integrasi tempur.
Katanya, ia disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Kapten Azhar Jumaat namun pihaknya mengambil maklum pandangan daripada mereka yang pakar diperlukan berhubung perkara itu.

Baca Artikel Penuh