Bosan fasa lockdown, ayah dan anak ubah Ford Fiesta jadi bot

Bosan fasa lockdown, ayah dan anak ubah Ford Fiesta jadi bot. YouTuber AdamC3046 membikin Ford Fiesta generasi ke-7 menjadi kenderaan amfibia ketika berdepan lockdown pandemik Covid-19.

Bahkan, Ford Fiesta berkenaan yang boleh digunakan sebagai kenderaan darat dan di dalam air masih sah digunakan di jalan raya United Kingdom (UK).

Menurut penyampai video terbabit, projek berkenaan merupakan hasil rekaan bapa dan anak ketika berdepan lockdown.

Bosan fasa lockdown, ayah dan anak ubah Ford Fiesta jadi bot

Biarpun sudah dibikin, sekilas pandang ia masih boleh dikenali sebagai Fiesta terutama pada bahagian lampu utama dan ruang dalaman kenderaan.

Bahagian atas kenderaan amfibia berkenaan didatangkan daripada kereta subkompak tersebut manakala bahagian bawah menunjukkan badan gentian kaca Dutton Reef dan masih mengekalkan rim aloi Ford Fiesta.

Bagi memastikan transformasi berfungsi dengan baik, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan terhadap Fiesta itu.

Bosan fasa lockdown, ayah dan anak ubah Ford Fiesta jadi bot

Bahagian enjin telah diubah pada bahagian tempat duduk belakang dan ekzos diletak semula pada permukaan lebih tinggi manakala jarak roda dipanjangkan untuk menampung konfigurasi enjin baharu.

Apa yang jelas adalah bahagian bumbung telah dipotong untuk kelihatan lebih menarik dan seakan-akan sebuah bot terutama apabila digunakan di air.

Ia mampu menjana kelajuan sehingga 7 knots apabila berada di permukaan air. –motor1

BACA:

Pesawat MAS Airlines ke Sabah tiba-tiba terjunam, penumpang menjerit ketakutan

Ulat tiket ambil kesempatan jual balik tiket Justin Bieber 10 kali ganda

BKM anda tidak lulus? Kerajaan buka peluang buat rayuan, ini caranya..

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)