“Borneo bukan macam Kelantan”, pemimpin Pas jangan sembrono bila bercakap – Setiausaha Pas Sabah.
Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, dia dengan rendah diri dan mohon maaf khususnya kepada barisan pimpinan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak.
“Berhati-hatilah ketika mengeluarkan sebarang kenyataan, sebab sebarang keadaan yang boleh menimbulkan masalah.
“Kami berada di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum yang mungkin bahasa-bahasa tersebut sesuai dengan di Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi sangat tidak sesuai dengan Sabah dan Sarawak.
“Yang boleh menimbulkan sentimen, menimbulkan konflik, yang berhadapan dengan masyarakat adalah kami. Saya ingin menekankan keadaan ini sungguh-sungguh, maaf seribu kali maaf.
“Sebab sentimen ini kadang-kala kita rasa kecil tetapi sebahagian masyarakat yang berada di lapangan yang berhadapan dengan kami (ia) boleh menjadi satu sentimen yang besar yang boleh menyebabkan PAS terpinggir daripada masyarakat,” katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Kota Bharu, hari ini.
BACA:
Dr Halimah dicabar buktikan Menu Rahmah boleh sebabkan kanser dan autisme
Merajuk dengan sepahtu, Shuib dedah rahsia kenapa tak join sepahtu reunion