Bonus buat penjawat awam Pulau Pinang dibayar Disember

Bonus buat penjawat awam Pulau Pinang dibayar Disember

Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk semua penjawat awam di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bayaran bonus kepada 4,009 penjawat awam negeri itu akan dibuat Disember ini.

Beliau berkata, pemberian bonus yang akan melibatkan jumlah keseluruhan RM5.5 juta itu diharap dapat meningkatkan semangat penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.

“Adalah diharapkan dengan Bantuan Khas Kewangan ini akan meningkatkan semangat penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang” katanya ketika membentangkan Bajet 2021 Negeri Pulau Pinang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam masa sama, Kon Yeow berkata, bonus RM300 juga akan diberikan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 kakitangan Sekolah Persendirian Cina.

Sementara pemberian RM200 pula diberikan kepada 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru Tadika Islam (Tadis0 Negeri Pulau Pinang setiap seorang.

Semua pembayaran yang melibatkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM898,900 yang akan dibayar pada Disember.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bonus-setengah-bulan-gaji-buat-penjawat-awam-pulau-pinang-dibayar-disember-263178

COMMENTS