Bomba terkejut ketika cuba selamatkan ‘wanita’ berpaut di tebing

Pasukan anggota bomba di Amerika Syarikat yang dipanggil untuk menyelamatkan seorang wanita berpaut pada sebiji batu besar terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya adalah patung daripada penggambaran filem, lapor agensi berita United Press International semalam.

Jabatan Bomba Santa Barbara menyatakan, seorang saksi di Pantai Hope Ranch menghubungi talian kecemasan 911 dan melaporkan bahawa dia melihat kelibat seorang wanita yang terkandas di tepi sebuah tebing tanpa peralatan mendaki.

Bomba terkejut ketika cuba selamatkan 'wanita' berpaut di tebing

Seorang ‘wanita’ yang berpaut pada sebuah tebing di Santa Barbara rupanya sebuah patung yang digunakan untuk penggambaran filem. – Twitter

“Anggota bomba kemudian tiba bersama trak, dron dan kenderaan pelbagai guna namun terkejut apabila mendapati ‘wanita’ tersebut adalah patung yang digunakan dalam penggambaran filem,” demikian ciapan yang ditulis oleh jabatan itu.

Jabatan itu bagaimanapun berkata, individu yang membuat panggilan itu melakukan tindakan yang betul dengan menghubungi 911.

“Lebih baik menghubungi kecemasan daripada tidak berbuat apa-apa,” kata jabatan itu lagi.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/07/wanita-terkandas-di-tebing-rupanya-patung/

BACA JUGA : Lelaki ancam sihir kepada ahli group tak layan video call

COMMENTS

Wordpress (0)