Bomba kena ‘belasah’ ketika padam kebakaran, ini puncanya

Bomba kena ‘belasah’ ketika padam kebakaran, ini puncanya

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seorang anggota bomba ditumbuk oleh seorang lelaki ketika sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah di Lawas, Sarawak.

Berlari dan tumbuk dari arah belakang

Memetik laporan Astro Awani, anggota bomba itu mengalami kecederaan selepas diserang seorang lelaki yang berlari datang dari arah belakang.

Manakala, seorang lagi lelaki bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba di tempat kejadian.

Berikutan itu, anggota bomba berkenaan yang mengalami kecederaan ringan telah membuat laporan polis pada hari Sabtu.

Punca kebakaran masih dalam siasatan

bomba

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.
Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.
Bagaimanapun ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Tonton video penuh:

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/marah-dakwa-lewat-tiba-lelaki-naik-angin-tumbuk-bomba-ketika-padam-kebakaran/