“Boleh rentas negeri tapi elakkan aktiviti berkumpulan”

“Boleh rentas negeri tapi elakkan aktiviti berkumpulan”.Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan yang kerajaan mungkin memberi kelonggaran kepada individu yang dah lengkap dua dos vaksinasi untuk merentas negeri.

 

Memandangkan liputan imunisasi di negara kita mencecah 60 peratus populasi dewasa, kelonggaran pergerakan patut diberikan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Menurut laporan Harian Metro, Zainal juga beranggapan yang kerajaan juga patut mempertimbangkan kelonggaran aktiviti pelancongan buat individu yang lengkap vaksinasi dengan SOP yang telah ditetapkan.

 rentas

Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua bolehlah, tapi pastikan orang tua kita juga sudah divaksinasi.

Ini kerana risiko untuk dia menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin. Aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul perlu dielakkan

Walaubagaimanapun, kita tunggu sehingga ianya diumumkan sendiri oleh kerajaan. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak ini.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/boleh-rentas-negeri-tapi-aktiviti-berkumpulan-perlu-dielak/

BACA: Panas !!! Bekas Timbalan Menteri didakwa rasuah, akhirnya beliau buka mulut