Boleh masuk istana bukti saya negatif Covid-19 – Menteri Pas

Boleh masuk istana bukti saya negatif Covid-19 – Menteri Pas

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memberikan fakta bahawa dia dibenarkan masuk ke Istana pada 17 Ogos sebagai satu bukti bahawa dia telah diuji negatif Covid-19.

Tambahan lagi, beliau akan ditolak masuk ke Istana jika dia diuji positif virus itu.

“Wajib melakukan ujian swab sebelum dibenarkan memasuki Istana,” katanya.

Ulasan Khairiddin ini sebagai tindak balas terhadap keributan atas dakwaan beliau tidak mematuhi perintah kuarantin 14 hari yang wajib setelah kembali ke Malaysia dari perjalanan singkat ke Turki awal bulan lalu.

Mohd Khairuddin menyebut bahawa dia telah mengikuti ujian Covid-19 tiga kali – setelah kembali dari Turki pada 7,13 Julai kemudian, dan baru-baru ini sebelum menghadiri acara di Istana.

Walaupun Khairuddin bebas dari virus itu, rakyat Malaysia mengkritiknya di media sosial kerana didakwa melanggar perintah kuarantin wajib, kerana dia telah secara aktif terlibat dalam program sejurus dia kembali.

Rakyat Malaysia juga turut mempersoalkan di media sosial mengapa beliau tidak memakai gelang merah jambu, kerana wajib bagi mereka yang pulang dari luar negara untuk memakainya selama dua minggu.

Berita penuh : https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/21/khairuddin-the-fact-that-i-was-allowed-into-palace-proves-i-tested-negative-for-covid-19

COMMENTS