Bodohnya banding pakej rangsangan dengan pemberian RM 30 E Wallet

Bodohnya banding pakej rangsangan dengan pemberian RM 30 E Wallet

Aku pelik setiap kali aku tulis pasal Bantuan ,Sahabat dan walaun PAS akan bangkitkan pasal E-Wallet RM 30.. E-wallet ni program bantuan untuk rakyat ker ? awatnya dengan program E-Wallet Kerajaan hapuskan BSH ker ? tidak..BSH tetap diteruskan..Siap ada tambahan untuk anak ramai..

Kenapa Bantuan untuk rakyat E-wallet saja disebut..Kenapa tak sebut I-Suri caruman RM 40 sebulan/ Setahun RM 480 Setahun.. bantuan Kerajaan untuk suri rumah untuk yg berpendapatan rendah, Kenapa tak sebut MYSALAM, Insuran Kesihatan untuk kelompok B40..Kalau kena sakit yang berat, dapat RM 8 ribu.. Setiap hari kena tahan wad dapat RM 50 Sehari.. Di Sekolah dan buat permulaan sudah diberikan sarapan percuma..

semua bantuan ni tak perlu pakej Rangsangan ekonomi pun.. Tak perlu korek Tabung dan rezab Simpanan rakyat dan Kerajaan..hatta penurunan 20% Tol..tanpa perlu Pakej rangsangan ekonomi kononnya sampai RM 250 Billion..Lain kali nak buat perbandingan kena adil.. Apa kena mengena dengan E-Wallet dengan bantuan rakyat.. Setiap kementerian ada bajet dia..

E-Wallet ni satu bentuk insentif dan Inovasi dalam teknologi dalam galakkan rakyat gunakan Pembayaran Nir-Tunai.. kalau nak banding..banding dengan perkara yang lebih sesuai..Sebagai contoh, Pengumuman Muhyidin semalam RM 600 juta untuk Internet percuma sepanjang PKP dengan E-wallet, baru padan.. Selain E-Wallet atau antara dasar lain berkaitan teknologi Kerajaan PH turunkan Harga Langganan Broadband Internet jalur lebar UNIFI sehingga 50%..

Begitu juga kalau nak dibandingkan dengan Peruntukan RM 400 juta tambahan untuk luaskan liputan.. tak kira orang kata RM 600 juta itu bukan peruntukan kewangan..tetapi dia satu bentuk Insentif, Boleh jadi bantuan modal atau pengecualian cukai.. Syarikat Telco akan dapat benefit.. Kapitalis takkan bagi saja..

bezanya apa ? Lim Guan eng laksanakan dasar rangsangan pengunaan teknologi seperti E-wallet akhirnya masuk ke Poket rakyat balik RM 30..Siap dapat bonus dari pengendali E-wallet.. manakala RM 600 Juta + RM 400 Juta yg diumumkan Muhyidin apa rakyat dapat ? dapat Rm 1GB percuma setiap hari duduk rumah.. yg untung syarikat Telco MAXIS,DIGI dan CELCOM. Dasar PH kembali kepada rakyat..Dasar PN dan BN kembali kepada Kroni dan Kapitalis…

Ni kalau Nak banding..banding mcm ni..

1- E-Wallet Kos RM 460 Juta – 15 Juta rakyat Dapat RM 30 bagi yang berpendapatan RM 10 ribu kebawah..dapat beli barang keperluan, belanja..merangsang ekonomi

2- Internet Percuma PKP kos RM 600 juta _ Rakyat Dapat 1GB Percuma..Dapat lah makan 1 Gb sehari.. Terangsang kat rumah..

Jadi lain kali jangan jahil sangat, bantuan One Off, Bantuan rakyat dibandingkan dengan Pakej rangsangan Teknologi dan Telekomunikasi..jauh sangat lari perbandingan tu.. 🙂

AMBB