BN Tiada Masa Depan, Pas Jual Diri Kepada PH

Oleh : Nyamuk Menggigit

Kenyataan terbaru dari Setiausaha Agung Pas yang menyatakan Pas sedia bekerjasama dengan PH, tidak seharusnya dipandang dengan jiwa terbuka, kerana sifat spesis golongan pelacur politik ini terkadang lebih teruk dari anjing yang kembali menggigit orang yang melepaskannya dari tersepit.

Kita imbas kembali sikap Pas terhadap PH dan BN sebelum ini terutama menjelang PRU 14 yang lalu.

Kepada PH, seolah-olah Pas telah isytihar perang sabil dan jihad qital kepada kita, digambarkan bahawa PH ini musuh Islam, puak musyrikin dan kafirin yang halal darah dan boleh dibunuh oleh sang pejuang Islam berpanji bulan hijau ini.

Kemuncak kebencian Pas kepada PH ini terserlah apabila YAB Tun dihalang dari menziarahi pusara Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bahkan kompleks perkuburan Pulau Melaka itu dikepung dan dikunci pagar dan diletak lori pula di pintu masuknya.

Bagaimana pula sikap Pas terhadap BN?

Aduh, sungguh kita selaku rakan lama dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu amat berasa kecil hati dan sedih, Pas amat mesra dan berlembut dengan BN, dari baju sedondon ke pentas ceramah dan meja makan di hotel mewah mereka bergembira gelak ketawa bersama.

Selepas PH memerintah Malaysia pada PRU 14, kita jangkakan Pas akan kembali sedar bahawa mereka tidak sepatutnya bersama BN, rupanya jangkaan ini meleset.

Ternyata, Pas amat teringin untuk bekerjasama dengan BN, Umno terutamanya, dengan membakar sentimen keagamaan dan perkauman, kedua pelacur politik ini saling menyimbah minyak gas ke api yang membara, ditambah dan persepsi dan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh PH kini anti Islam, mahu hapuskan Raja2, mahu hapuskan hak bumiputera, mahu hapuskan Islam sebagai agama persekutuan.

Begitu jahat tuduhan Pas dan Umno terhadap PH, seolah-olah sudah kafir harbi kita semua dibuatnya.

Kini, setelah mereka sedar bahawa pelampung perkauman Umno yang diharapkan rupanya semakin hanyut dan bocor, maka Pas terus menunjukkan sikap pelacur mereka, berpaling tadah sambil menghina rakan yang pernah mereka selingkuh bersama, dan tanpa segan silu membuka paha menjual diri kepada kita PH.

Bukan kita tidak tahu, Pas sedang menggunakan saluran diplomatik mereka, menggunakan pimpinan yang masih ada hubungan peribadi dengan pimpinan utama PH, untuk menjalin kerjasama atas nama ukhuwwah dan persaudaraan sesama Islam, dan untuk kemajuan negeri Kelantan dan Terengganu kononnya.

Ingatlah, anjing yang berkeliaran di kaki sewaktu kita makan, bukan bermakna mereka jinak dan mahu bersama kita, sebaliknya hanyalah mengharapkan tulang dan sisa makanan yang kita lemparkan.

Sebaik kita lemparkan sedikit tulang, sudah pasti gerombolan anjing ini akan berkekah berebut sesama sendiri, dan seperti biasa, selepas kenyang, kemungkinan besar gerombolan anjing inilah yang akan menyalak dan mengejar kita, dan akan menggigit kita dengan rakusnya, setelah kenyang dijamu makan oleh kita sebentar tadi.

Usah jadi bagaikan melepaskan anjing tersepit, jika boleh, cukuplah sekadar kita melempar makanan dari luar sangkar, sebagaimana kita lakukan kita berjalan melihat-lihat haiwan di zoo.

Kita tutupi tulisan ini dengan kata-kata keramat Dato Mohd Amar Naib Presiden Pas, “Takdok Kiro-Kiro (rundingan) dengan Pey (PH)”. “Beruk Kalau Pakai Baju Kot Pun Tetap Dipanggil Beruk”.