BN pertikai penggunaan poster wajah Muhyiddin

BN pertikai penggunaan poster wajah Muhyiddin

Barisan Nasional (BN) memperlekeh penggunaan wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh komponen Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseh Kurup berkata, penggunaan wajah Muhyiddin menunjukkan Star adalah parti yang hampir mati.

Menurut Arthur, segelintir rakyat terpaksa ‘garu kepala’ kerana Muhyiddin tidak bertanding tetapi poster beliau pula banyak digunakan.

“Saya tengok sekeliling kita, jarang kita nampak poster calon Star, Star sekarang bertanding atas tiket Perikatan Nasional, jarang kamu nampak gambar dia, adalah sikit-sikit, yang kamu nampak banyak pula adalah poster Perdana Menteri, betulkan?

“Ada juga yang garu-garu kepala bukan Perdana Menteri yang bertanding di sini, kenapa dia tahu kalau dia letak muka dia, tidak laku sudah,” katanya.

Rakaman ucapan Arthur itu tular di media sosial sejak semalam.

Kenyataan tersebut ternyata memberi gambaran tentang percakaran yang berlaku antara komponen BN dan PN yang bertembung di banyak kerusi dalam PRN Sabah.

Sehubungan itu, Arthur yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri jelas mahu BN menewaskan Star pada 26 September ini.

“Saya tanya siapa yang pegang jawatan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, siapa? Sayalah. Saya Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, macam mana dia bilang undi dia (Star), dapat Perdana Menteri?.

“Sedangkan saya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tidak logik dia cakap. Pejabat saya di Putrajaya

satu bangunan dengan Perdana Menteri, bilik saya tingkat tiga, tekan butang satu kali sahaja sudah sampai di Perdana Menteri.

“Jadi Kalau kamu mahu sokong Perdana Menteri pun, kamu mesti undi kita juga. Saya yang duduk di sana, apa macam kamu mahu buat begitu, kamu undilah kita punya calon-calon,” katanya.

Sumber : https://www.borneotoday.net/arthur-kurup-tempelak-star-guna-poster-muhyiddin/

COMMENTS