BN berhasrat pinda perlembagaan, lantik lagi 5 Adun jika menang PRN Melaka

BN berhasrat pinda perlembagaan, lantik lagi 5 Adun jika menang PRN Melaka. BN berhasrat untuk meminda perlembagaan negeri Melaka jika parti itu menang lebih dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov nanti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata, pindaan perlembagaan itu
bagi membolehkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) secara lantikan dibuat.

“Dengan persetujuan BN Melaka, juga dengan BN pusat, kalau kita memperolehi lebih dua pertiga kerusi insya-Allah Kita akan pinda Perlembagaan Negeri Melaka.

BN berhasrat pinda perlembagaan, lantik lagi 5 Adun jika menang PRN Melaka

“Dengan menyarankan agar lima Adun dilantik untuk melantik rakan-rakan kita,” katanya ketika berucap melancar Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka di PWTC, malam tadi.

Pada 18 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka adalah pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 Nov depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dalam sidang media khas.

PRN Melaka diadakan selepas empat Adun diketuai Adung Sungai Undang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dalam ucapannya juga Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka.

“Kita tidak akan pernah bekerjasama dengan PPBM (Bersatu) dalam PRN Melaka. Ini bukan suara presiden, ini suara akar umbi.

“Kita tak perlu kutuk seteru kita…kita cerita yang baik tentang kita.Cerita yang baik-baik kerana mereka bukan musuh kita, mereka seteru politik kita,” katanya lagi.

Ahmad Zahid turut memberi jaminan yang BN tidak akan ketepikan rakan komponennya dan memberi jaminan ada kerusi untuk MCA dan MIC dalam PRN Melaka.

BACA JUGA : Pakcik berusia 78 tahun masih keluar mencari rezeki buat netizen sebak

Artikel ini disiarkan pada 28/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)