’Bluetick’ tapi tak balas whatsapp, suami cerai isteri

’Bluetick’ tapi tak balas whatsapp, suami cerai isteri.

Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran negara dilanda wabak pandemik, statistik menunjukkan keruntuhan rumah tangga banyak berlaku semasa tempoh ini.

Perkara ini disebabkan masyarakat yang terpaksa duduk di rumah sehingga ramai golongan terutamanya B40 yang kehilangan kerja.

Rata-rata keluarga yang bermasalah disebabkan oleh masalah kewangan sehingga memaksa mereka berpisah kerana tertekan semasa musim pandemik.

Namun keretakan rumah tangga juga boleh berlaku disebabkan hal-hal yang remeh berkaitan feature bluetick di aplikasi WhatsApp.

Bluetick mampu rosakkan rumah tangga

Menerusi hantaran di laman Twitter milik Dr. Hazreen A. Rashid, beliau menceritakan kisah tentang bluetick yang mampu memberikan impak kepada sesebuah hubungan.

Si penghantar mesej berkemungkinan menganggap diri tidak penting apabila mesej hanya dibaca penerima tanpa membalasnya.

Namun, sebenarnya ramai dalam kalangan penerima terlalu sibuk menguruskan perkara lain sehingga terlupa untuk menjawabnya.

Ayah lafaz talak

Menerusi hantaran itu, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan itu selain menganggap perkara remeh juga mampu menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Namun, terdapat perkongsian menerusi ruangan komen pada hantaran itu yang menceritakan bagaimana ayahnya yang melafazkan talak kepada ibunya hanya kerana tidak membalas mesej.

Menurut pengguna Twitter itu, ibunya hanya meninggalkan telefon sekejap kerana ingin membancuh kopi. Namun, disalah anggap dan dituduh curang.

’Bluetick’ tapi tak balas whatsapp, suami cerai isteri

Selain itu, dia turut bertindak menghubungi kakaknya. Namun, turut dituduh bersubahat dengan menyembunyikan perbuatan ‘curang’ ibu mereka.

Perkara itu membuatkan ayahnya melafazkan cerai terhadap ibunya hanya kerana salah faham dengan sistem bluetick pada aplikasi WhatsApp.

Walaubagaimanapun, perkara yang remeh juga mampu menyebabkan keretakan rumah tangga. Seeloknya kita perlu bersabar dan menyelidik sebelum bertindak secara melulu.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/gara-gara-bluetick-whatsapp-suami-nekad-lafaz-talak/

BACA JUGA: Panas !!! Bersatu mesyuarat malam tadi tentukan calon TPM?