Binaan tambahan renovate rumah bernilai RM2.7 juta hancur berkecai, puncanya hanya kerana..

Binaan tambahan renovate rumah bernilai RM2.7 juta hancur berkecai, puncanya hanya kerana..

Dipercayai kerana perselisihan faham berkenaan bayaran tambahan, seorang kontraktor bertindak merobohkan semula bahagian rumah yang bernilai £475,000 (sekitar RM2.76 juta) dibinanya.

Lapor Daily Mail, kejadian di Leicester itu berlaku ketika pemilik rumah berkenaan sedang bercuti 321 kilometer dari rumahnya.

Pemilik rumah, Jay Kurji, 40, berkata, pihaknya dan kontraktor mengalami perselisihan mengenai wang bayaran tambahan bernilai £3,500 (kira-kira RM20,339).

“Saya beli rumah itu tahun lalu. Kontraktor mula bekerja pada Februari dan kami ingin ubahsuai banyak perkara untuk menjadikannya kediaman kami enam sekeluarga.

“Kami inginkan sambungan dua tingkat, bumbung baru dan pendawaian baru untuk lebih mesra alam. Malangnya, saya terpilih kontraktor yang salah,” katanya.

Gambar: Daily Mail
Jelas arkitek di sebuah firma IT itu, kontraktor tersebut telah membalas dendam setelah dia enggan membayar bil tambahan bernilai £3,500 itu.
Ujar salah seorang jiran, dia berasa terkejut melihat sebahagian rumah itu dirobohkan menggunakan jengkaut.

“Saya terkejut bila lalu di hadapan rumah itu minggu lalu dan lihat bumbungnya sudah ditanggalkan serta ruang yang baru dibina ditinggalkan lompong di hadapan rumah.

“Kasihan pada pemilik rumah, mereka pasti kecewa,” kata salah seorang jiran.

Jurucakap polis Leicestershire berkata, “Polis telah menerima laporan pada Selasa (1 Jun) mengenai pertikaian ke atas kualiti kerja pembinaan di sini.

“Pemanggil diberitahu bahawa perselisihan itu adalah masalah sivil dan dinasihati menghubungi badan bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan.”

Sumber:https://siakapkeli.my/2021/06/10/habis-lompong-rumah-kontraktor-dilapor-robohkan-semula-binaan-rm2-7-juta-kerana-pemilik-enggan-bayar-wang-tambahan/