Bina lebuhraya, Montenegro akhirnya tersepit hutang dengan China

Bina lebuhraya, Montenegro akhirnya tersepit hutang dengan China

Bina lebuhraya, Montenegro akhirnya tersepit hutang dengan China. Montenegro, sebuah negara kecil berdepan masalah kerana keputusan kerajaannya yang membuat pinjaman dengan China untuk melantik syarikat dari republik itu untuk menjalankan projek pembinaan lebuh raya.

Jalopnik melaporkan ia berikutan kegagalan negara itu membayar semula pinjaman dan kekurangan sumber kewangan untuk menyelesaikan projek itu.

Projek membabitkan pembinaan lebuh raya sejauh 434.5 kilometer (km) itu juga masih belum selesai di kawasan luar bandar di Montenegro.

Montenegro mempunyai pinjaman AS$1 bilion (kira-kira RM4.16 bilion) dengan bank China, Export-Import Bank dan tidak dapat membayarnya.

Montenegro

Pemimpin negara itu mengambil pinjaman itu untuk membayar sebuah syarikat milik negara China untuk membina lebuh raya yang akan menghubungkan pelabuhan Montenegro, Bar ke ibu negara Serbia, Belgrade.

Pembinaan jajaran pertama lebuh raya dengan jarak 40.2km yang kini berakhir di sebuah perkampungan kecil di kawasan terpencil di gunung kini selesai.

Tetapi pemimpin Montenegro memaklumkan kerajaan tiada dapat menampung kos pembinaan jajaran pertama itu, apatah lagi kos keseluruhan projek.

Ansuran pertama pinjaman bernilai AS$1 bilion (kira-kira RM4.16 bilion) sepatutnya dijelaskan pada bulan ini , tetapi tidak pasti adakah Montenegro mampu membayarnya.

Ia kerana hutang negara itu sudah meningkat menjadi lebih 100 peratus daripada keluaran kasar dalam negara (KDNK).

Bekas Menteri Kehakimannya, Dragan Soc berkata lebih memburukkan keadaan kerana selepas selesai, jalan itu tidak akan menuju ke mana-mana.

“Kami berseloroh, projek lebuh raya ini tiada arah tuju dan hanya sia-sia,” katanya.

Montenegro memaklumkan projek bahagian pertama saja sudah menyebabkan kerajaannya menanggung hutang yang banyak sehingga tidak lagi mampu membina jalan raya yang lain.

“Saya rasa kita tidak akan membayar mungkin generasi ini, tetapi generasi akan datang” kata Soc.

“Tapi saya rasa ini bukan masalah dari China. Ini adalah keputusan buruk daripada kami” kata Soc.

Pemerintahan terakhir Montenegro jelas sekali membuat banyak keputusan yang silap.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/07/727847/montenegro-tersepit-akibat-hutang-dengan-china

kalau Anda terlepas: Naib Presiden Umno mulakan tugas sebagai TPM kerajaan PN