Bil rawatan pesakit Covid-19 ini berjumlah RM4.7 juta

Bil rawatan pesakit Covid-19 ini berjumlah RM4.7 juta

Bil rawatan pesakit Covid-19 ini berjumlah RM4.7 juta. Warga emas berusia 70 tahun ini pernah menerima jolokan ‘lelaki ajaib’ apabila pulih daripada virus Covid-19 selepas menerima rawatan paling lama di pusat perubatan di Issaquah, Amerika Syarikat iaitu 62 hari.

Michael Flor kini boleh juga diberi jolokan ‘million dollar baby’ kerana bil rawatannya yang mencapai AS$1.1 juta (RM4.7 juta), menurut The Seattle Times.

Dia dibenarkan keluar hospital pada 5 Mei lalu bersama bil yang setebal 181 muka surat.

Flor yang semakin sihat di rumahnya di barat Seattle berkata, jantungnya hampir terhenti untuk kali kedua apabila memperoleh bil rawatan berkenaan daripada pusat jagaan kesihatannya.

Bil itu secara teknikalnya menjelaskan caj yang dikenakan, tetapi Flor tidak perlu membayarnya kerana dilindungi di bawah Medicare, program insurans kerajaan yang dirangka khusus bagi melindungi individu sudah lanjut usia.

Begitupun, lelaki itu tetap rasa bersalah kerana sedar kos rawatannya ditanggung oleh pembayar cukai.

rawatan

“Saya rasa bersalah kerana masih hidup. Timbul rasa, ‘Kenapa saya? Kenapa saya perlu tanggung semua ini? Melihat kepada kos luar biasa ini, ia pasti menambah lagi rasa bersalah disebabkan terselamat.

“Nilai jutaan dolar untuk menyelamatkan nyawa saya dan tentulah saya kata wang itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tetapi saya juga sedar bahawa mungkin saya seorang sahaja yang berkata begitu,” katanya.

Bagaimanapun, India Times melaporkan keadaan berbeza dihadapi lelaki 53 tahun di India apabila dia terpaksa menanggung separuh daripada kos sepanjang 23 hari dirawat di hospital akibat Covid-19.

Bil akhir diterimanya berjumlah Rs20 lakh (RM113,712.10), tetapi hanya Rs7.5 lakh (RM4,264.20) ditanggung insurans dan baki perlu dijelaskan sendiri.

Jumlah bil berkenaan menunjukkan betapa mahalnya kos rawatan Covid-19 dan membebankan ketika dunia masih lagi bergelut mengekang penularan wabak itu.

Berita Penuh: https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/733323/bil-rawat-lelaki-ajaib-rm47j

Jika Terlepas: Panas !!! Doktor kontrak bukak cerita mengapa letak jawatan 24 jam