Bicara kes rasuah, Zahid tak hadir kerana masuk hospital. Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat menghadiri pendengaran penghujahan kes rasuahnya kerana beliau dimasukkan ke hospital.
Peguamnya, Hisyam Teh memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bahawa Zahid dimasukkan ke hospital Ahad lalu setelah jatuh minggu lalu.
“Menurut doktor, beliau tidak cukup sihat untuk hadir ke mahkamah.
BACA JUGA : Panas !!! Hari pertama PM, Ismail Sabri sudah jadi ‘lauk’ kemarahan orang ramai
“Oleh itu kami serahkan kepada budi bicara mahkamah sama ada ingin mendengar penghujahan kami atau sebaliknya.
“Pihak pembela bersedia untuk meneruskannya. Kami tidak mahu dituduh melengah-lengahkannya,” kata peguam berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan bersedia menghujahkan kes itu.
BACA JUGA : Gempar !!! Darah bertukar jadi nanah lepas disuntik Sinovac?, Ini penjelasannya
“Bagaimanapun yang menjadi kebimbangan kami adalah mengikut undang-undang, seseorang yang dituduh mesti hadir di mahkamah bagi kesnya,” katanya.
Tambahnya, wajar bagi Zahid mengikuti penghujahan berkenaan secara dalam talian.
Zahid berdepan 47 dakwaan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan dana Yayasan Akalbudi dan pengubahan wang haram, selain menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri.
BACA JUGA : Kecoh isu Sarjan Tentera kena pecat tolak vaksin, Tentera Darat tampil dengan penjelasan
Mahkamah dijadualkan mendengar penghujahan pada akhir pendakwaan mulai hari ini dan pada 6 hingga 9 Sept.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/24/zahid-masuk-hospital-tak-dapat-hadir-perbicaraan-kes-rasuah/