‘Biawak’ mampu hidup mewah, rupanya kahwini 5 wanita

Oleh DAHLIA MARZUKI

“Suspek menggunakan wang tersebut untuk mengekalkan gaya hidup mewah.

Kami menjangkakan lebih ramai wanita yang mungkin telah ditipu olehnya akan tampil selepas penahanannya,”

Seorang lelaki berusia 34 tahun di bandar Bhubaneswar ditahan selepas berkahwin dengan lima wanita dan menyamar s

ebagai anggota polis untuk memeras wang daripada mereka, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Menurut Pesuruhjaya Polis Bhubaneswar, Sanjeeb Panda, suspek yang dikenali sebagai Satyajit Samal telah berinteraksi dengan 49 wanita lain di laman mencari jodoh dan bercadang untuk mengahwini mereka.


'Biawak' mampu hidup mewah, rupanya kahwini 5 wanita

“Selepas menerima aduan daripada dua isterinya, polis berjaya menangkap suspek apabila seorang pegawai polis wanita yang menyamar sebagai pelanggan menemuinya,” kata Sanjeeb.

Polis juga menemui sebuah kereta, motosikal, wang tunai berjumlah 210,000 rupee (RM11,272.51), pistol dan beberapa peluru serta dua sijil perjanjian perkahwinan.

Suspek mengaku mempunyai lima isteri. Dua daripadanya berasal dari Odisha, seorang dari Kolkata, dan seorang lagi dari Delhi, manakala wanita kelima masih belum dikenal pasti.

“Tiga akaun simpanan milik Satyajit telah dibekukan,” kata Sanjeeb.

“Suspek pernah meminta wang tunai dan kereta selepas berjanji untuk mengahwini mangsa. Dia kemudian mengugut menggunakan pistol sekiranya mangsa meminta wang mereka kembali,” tambahnya.

Menurut salah seorang mangsa, dia berhubung dengan suspek melalui laman web mencari jodoh dan mula berbual sebelum sering bertemu.

Satyajit didakwa memaksanya menjalinkan hubungan fizikal dengan alasan perkahwinan dan meminta wang untuk membeli kereta.

Mangsa mengambil pinjaman peribadi daripada bank dan membeli sebuah kereta bernilai 815,000 rupee (RM43,748.10), serta memberikan suspek 36 juta rupee (RM1.93 juta) untuk memulakan perniagaan.

“Suspek menggunakan wang tersebut untuk mengekalkan gaya hidup mewah. Kami menjangkakan lebih ramai wanita yang mungkin telah ditipu olehnya akan tampil selepas penahanannya,” kata Sanjeeb

BACA: “Aku hairan betul dengan pak mertua, dia suka sangat peluk dan cium aku tapi aku pon layan juga”