Beruang bawa anak-anak ‘ziarah’ lelaki yang pernah selamatkan nyawanya dahulu

Beruang bawa anak-anak ‘ziarah’ lelaki yang pernah selamatkan nyawanya dahulu.

Kita sering mendengar kisah-kisah haiwan yang menunjukkan rasa sayang dan penghargaan kepada tuan mereka atau kepada orang yang telah membantu mereka. Walaupun bunyinya sedikit aneh tetapi haiwan sebenarnya memang pandai menghargai serta memiliki memori yang kuat tentang orang yang telah membantu mereka suatu ketika dahulu.

Beruang bawa anak-anak 'ziarah' lelaki yang pernah selamatkan nyawanya dahulu

Hal ini turut diakui oleh seorang lelaki di Asheville, North Carolina, Amerika Syarikat, selepas dia ‘dikunjungi’ oleh seekor beruang yang pernah dibantunya suatu ketika dahulu. Apa yang lebih manis kunjungan beruang tersebut kali ini adalah bersama dengan anak kecilnya.

Pada tahun 2017, Patrick Conley telah memutuskan untuk ‘berkawan’ dengan seekor beruang yang kemudian diberi nama Simone. Mereka dikatakan telah berjumpa pada musim panas tahun itu ketika Simone dikatakan berjalan di sekitar hutan.

Selepas itu Simone dikatakan kerap datang ke rumah Patrick dan memandangkan Patrick tahu beruang itu selalu datang ke rumahnya Patrick akan menyediakan makanan buat Simone di garajnya. Persahabatan mereka dikatakan telah berlarutan selama hampir empat tahun.

Sepanjang tempoh itu Simone kadangkala menghilangkan diri. Adakalanya beruang itu tidak datang ke rumah Patrick selama berbulan-bulan. Walau bagaimanapun kemunculan semula Simone setelah sekian lama menghilangkan diri membuatkan Patrick terkejut. Hal ini kerana Simone datang melawatnya bersama dengan anaknya.

Melihat Simone yang datang bersama dua ekor anaknya membuatkan Patrick terharu dan memutuskan untuk merakan momen manis tersebut.

Pada awal video, anak-anak kecil itu dilihat agak malu tetapi ibu mereka seolah-olah menyuruh mereka untuk keluar dari semak. Patrick berasa gembira sekali kerana tidak menyangka Simone akan memperkenalkan anak-anaknya kepadanya.

“Anak beruang adalah hal yang paling comel yang pernah berjalan di hutan ini,” tulis Patrick dalam penerangan videonya.

BACA JUGA : Covid-19 kembali serang Amerika, purata 265,000 kes baharu sehari
[Video] Terkini !!! Jeli mula dinaiki air