Bersatu yang ‘pandir’ tak dihargai, kecil hati dengan UMNO

Bersatu yang ‘pandir’ tak dihargai, kecil hati dengan UMNO

Negeri mula-mula membentuk kerajaan baru apabila berlaku muafakat kudeta kerajaan PH Februari lalu ialah negeri Johor. Sebelum kerajaan PN peringkat Persekutuan dibentuk, negeri Johor sudah pun diumumkan kerajaan PH tumbang dan nama MB baru disebut untuk angkat sumpah.

Tumbangnya kerajaan PH Johor dianggap drastik apabila pihak Istana telah memanggil kesemua Adun Johor hadir menghadap untuk menentukan sokongan para Adunnya kepada pihak mana PN atau PH. Apabila semua Adun dipanggil menghadap angka tidak cukup dipihak PH apabila seorang Adunnya tidak dapat hadir kerana menghadapi Yang diPertuan Agong pada masa dan waktu sama yang berlaku di Johor.

Lantaran tidak cukup sokongan kerana musaqah seorang Adun PH itu, maka jatuhkan kerajaan PH Johor, dan nama baru untuk jadi MB pun disebut dan diberikan perkenan kemudian dipanggil untuk mengangkat sumpah sebagai MB.

Penubuhan kerajaan negeri Johor itu dilihat tergesa-gesa kerana pembentukan kerajaan PN masih belum dibentuk. Angka yang berpihak kepada PN itu juga boleh diragui? Semacam Johor ingin mencatat rekod pula sebagai negeri pertama melakukan perubahan kerajaan, ia mendahului Kuala Lumpur dan juga negeri-negeri yang beralih kerajaan seperti Melaka dan Perak. Kerajaan PN di Melaka dan Johor baru ditubuhkan setelah lebih seminggu pembentukan kerajaan PN.

Hari ini kerajaan PN Johor dikatakan bergolak. Lautan politik selat Tebrau diberitakan berdebur kuat. Dua parti yang berpakat untuk menumbangkan kerajaan PH, Umno dan Bersatu bercakaran kini. Mereka saling dakwa mendakwa sehingga sampai ada menyebut kemungkinan kemelut politik Johor itu membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

Ada beberapa “butir sebab” kenapa berlaku pergolakan antara Umno dengan Bersatu. Umno dikatakan tidak bersikap adil dalam mengagihkan jawatan untuk Bersatu dalam kerajaan dan juga GLC. Ketidakadilan itu tentu Bersatu marah dan tersinggung kerana parti itu berkorban besar untuk menumbangkan kerajaan PH dan digantikan dengan kerajaan PN.

Semasa Bersatu bersama PKR, DAP dan Amanah menubuhkan PH, parti itu mendapat jawatan MB. Bukan seorang Adun Bersatu jadi MB, tetapi dua orang. Mula-mulanya Osman Sopian kemudian Dr Sahruddin Jamal.

Katanya pengorban besar Bersatu itu sehingga parti itu dianggap Pandir, tidak dihargai oleh Umno. Wajarlah kalau Bersatu berkecil hati dengan Umno mungkin boleh sampai berputus kasih sayang.

Kalau Johor jadi negeri mula-mula sekali menukar kerajaan daripada PH kepada PN, boleh jadi juga Johor akan catat satu lagi sejarah menjadi negeri mula-mula pula memusnahkan kerajaan PN. Yalim lim yalim. Trims.

Sumber :

COMMENTS