Bersatu tidak terima titah istana untuk mengadap, dakwa Faizal

Bersatu tidak terima titah istana untuk mengadap, dakwa Faizal

Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata Bersatu belum menerima titah untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan penggantinya.

“Bersatu Perak ingin menjelaskan bahawa Bersatu Perak sehingga kini masih belum memohon untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berhubung isu pelantikan menteri besar Perak.

“Dalam pada itu, Bersatu Perak juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak menerima titah untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak secara rasmi dari pihak Istana sepertimana dilaporkan oleh media massa,” kata Faizal.

Dia berkata demikian dalam kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi.

Selain Bersatu, parti sekutunya PAS sebelum ini berkata “membatalkan” rancangan untuk mengadap sultan kerana belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/554379

COMMENTS