Bersatu kecamuk lagi, ada pemimpin sokong Tun M dalam diam

Bersatu kecamuk lagi, ada pemimpin sokong Tun M dalam diam

Tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang didakwa menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menimbulkan rasa tidak puas hati ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Ya’cob Atan berkata, pihaknya akan mengemukakan aduan tindakan disiplin parti ke atas Osman.

Menurutnya, tindakan Osman menentang calon yang disokong parti boleh menyebabkan keahliannya di dalam parti boleh terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu

“Jika dakwaan ke atas Osman ini betul, keahliannya akan terhenti. Bersatu Bahagian Pulai akan adakan mesyuarat 3 September ini untuk membincangkan langkah selanjutnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Video Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kempas berucap dipercayai berkempen menyokong calon Bebas ketika PRK DUN Slim tular sejak kelmarin.

Ketika diminta mengulas mengenai kesan terhadap kedudukan kerajaan negeri jika keahlian Osman terhenti, Ya’cob menjelaskan perkara itu tidak menjejaskan majoriti mudah wakil rakyat.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99058/BERITA/Politik/Bersatu-Pulai-mahu-Osman-dikenakan-tindakan-disiplin

COMMENTS