BERSATU juga perlu diberi peluang bertanding beberapa kerusi di Kelantan

BERSATU juga perlu diberi peluang bertanding beberapa kerusi di Kelantan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan bersetuju PAS diberi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata perkara itu wajar memandangkan PAS sudah lama mentadbir negeri itu.

“Di samping itu, BERSATU juga perlu diberi peluang bertanding beberapa kerusi di Kelantan,” katanya kepada selepas menutup Mini Karnival Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Selising, di sini.

Kamaruddin berkata, langkah itu bagi membolehkan BERSATU memberi sumbangan yang lebih bermakna terhadap pembangunan Kelantan.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU15 telah hampir selesai dengan majoriti kerusi di Kedah, Terengganu dan Kelantan akan ditandingi parti itu.

Untuk rekod, PAS dan UMNO membentuk kerjasama politik di bawah Muafakat Nasional yang kini turut disertai BERSATU. – BERNAMA

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/09/732397/bersatu-kelantan-setuju-pas-diberi-majoriti-kerusi-dun

COMMENTS