Berpakaian lusuh dan hanya berjalan kaki seperti petani, lelaki ini kantoi bawa stok syabu bernilai RM2.9 juta

Oleh INFORAKYAT

Berpakaian lusuh dan hanya berjalan kaki seperti petani, lelaki ini kantoi bawa stok syabu bernilai RM2.9 juta.

Polis menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai petani berpakaian lusuh kerana

Dia didapati membawa dadah jenis syabu seberat lima kilogram dan dianggarkan bernilai 10 bilion rupiah (RM2.9 juta).

Berpakaian lusuh dan hanya berjalan kaki seperti petani, lelaki ini kantoi bawa stok syabu bernilai RM2.9 juta

Lapor Kompas.com, penahanan itu dibuat di Majene, wilayah Sulawesi Barat selepas orang ramai membuat laporan mengenai seorang lelaki membawa barang mencurigakan.

Ketika ditahan, suspek yang dikenal pasti sebagai Lanning, 38, itu mengenakan pakaian lusuh, berjalan kaki dan membawa barangan pertanian.

Hasil siasatan awal mendapati suspek sebenarnya membawa syabu seberat lima kilogram untuk dihantar ke Makassar, Sulawesi Selatan.

Suspek memberitahu dia sengaja berpakaian lusuh seperti petani kerana ingin mengaburi mata pihak berkuasa, namun penipuannya tidak berjaya.

Menurut Ketua Polis Sulawesi Barat, Eko Budi Sampurno, pihak polis masih menyiasat kes tersebut jika mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah yang lain.

“Kesemua syabu tersebut ditemukan dalam bungkusan plastik hitam yang dibawa oleh suspek,” katanya.

BACA:

Sabun termahal di dunia bernilai RM11,500! Rupanya ini ramuan sabun yang buat harganya tak masuk akal!

Pecah rekod baru, kalah harga RXZ! Lelaki ini berjaya jual 125zr dengan harga RM85k