Bermula dengan meja lipat, kini raih enam angka sebulan

Bermula dengan meja lipat, kini raih enam angka sebulan

Berbekalkan meja lipat dan peralatan asas perniagaan, usaha pemuda yang tidak kenal erti berputus asa membuahkan hasil apabila dia kini mampu menjana pendapatan hingga enam angka sebulan.

Lebih manis, Muhammad Aiman Syaqir, 22, yang terjun ke dalam bidang perniagaan itu sudah memiliki premis menjual burger dan kentang bersalut keju diberi nama Saudagar Kentang di Pengkalan Chepa, di sini.

Di sebalik pencapaiannya itu, Muhammad Aiman mengakui perjalanannya untuk mencapai tahap berkenaan bukanlah suatu yang mudah walaupun mendapat bantuan kewangan daripada keluarga.

“Saya pernah beberapa kali diarahkan berpindah tempat kerana berniaga di tapak yang tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, minat membuatkan saya tidak berputus asa. Berkat kesabaran dan kesungguhan, saya berjaya membuka premis sendiri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia mulanya bergerak sendiri tetapi kini mempunyai dua rakan kongsi iaitu Nik Muhamad Haikal Kamarudzaman dan Muhammad Hasif Mohd Sanusi serta 30 kakitangan.

Katanya, kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaannya jadi dia berusaha menjual makanan dengan harga berpatutan.

“Bukan semua orang mampu makan di restoran makanan segera jadi saya jual dengan harga mampu milik iaitu serendah RM5.90 dengan kualiti yang baik supaya semua golongan dapat merasa.

“Alhamdulullah, diangggarkan 500 hingga 600 burger dan 200 bungkus kentang terjual setiap hari dan itu sudah membuatkan saya bersyukur kerana perniagaan dijalankan mendapat sambutan dalam tempoh pandemik yang mencabar,” katanya yang menetap di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, di sini.

hanya meja lipat

Berbekalkan meja lipat dan peralatan asas perniagaan, usaha pemuda yang tidak kenal erti berputus asa membuahkan hasil apabila dia kini mampu menjana pendapatan hingga enam angka sebulan. Berbekalkan meja lipat dan peralatan asas perniagaan, usaha pemuda yang tidak kenal erti berputus asa membuahkan hasil apabila dia kini mampu menjana pendapatan hingga enam angka sebulan.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, perniagaan bukan cabang digemarinya satu ketika dulu malah tidak pernah bercita-cita menjasi usahawan.

“Ikutkan, saya tidak minat berniaga tetapi mula menjual kecil-kecilan seperti botol air ketika di tingkatan empat. Minat dan keinginan untuk berniaga bertambah selepas turut serta dalam jualan minggu usahawan di kampus.

“Sejak itu, saya nampak potensi dan nekad menjalankan perniagaan dengan lebih serius dengan menjual burger secara kecil-kecilan bermula dua tahun lalu,” katanya yang menyambung pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Shah Alam, Selangor.

Katanya, masih banyak lagi impian yang belum dicapai dan penambahbaikan perlu dilakukan untuk memajukan perniagaannya.

“Saya enggan terlalu selesa selesa kerana masih jauh lagi perjalanan dalam bidang ini. Cuma, jika ada rezeki dan peluang, saya berhasrat mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka tiga hingga empat lagi cawangan di Kelantan.

“Azam saya adalah memberi peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan jumlah pengangguran khususnya dalam kalangan generasi muda di Kelantan menerusi perniagaan makanan dijalankan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/720768/pemuda-jana-pendapatan-enam-angka-sebulan-bermula-dengan