Bermodalkan RM2,000 awal berniaga, kini Ramly Burger bernilai berbilion ringgit

Bermodalkan RM2,000 awal berniaga, kini Ramly Burger bernilai berbilion ringgit

Tahun lepas kita prnah digemparkan dengan isu kartel daging import yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Tetapi tahukah anda bahawa negara juga pernah kecoh tentang daging yang tidak halal pada tahun 1978 yang diproses oleh kebanyakan pasaraya dengan pemilik yang bukan Islam.

Dato’ Haji Ramly kemudian membuat keputusan untuk menghasilkan daging burger dimasak dan mentah untuk dijual bagi memudahkan pengguna Muslim mendapatkan daging yang halal dan bersih.

Siapa sangka bahawa beliau dulunya hanya bekerja sebagai tukang pemproses daging tetapi kini memiliki jenama daging burger yang bertaraf antarabangsa

Ramly Burger diasaskan oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan isterinya Datin Shala Siah Binti Abdul Manap. Mereka memulakan perniagaan Ramly burger di gerai berdekatan Chow Kit, Kampung Baru, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pada masa itu, beliau hanya fokus menjual burger, daging burger siap dimasak dan daging burger mentah sahaja.

Dengan modal RM2,000 tanpa ada satu pun mesin peralatan, mereka berjaya menghasilkan kepingan daging sendiri.

Daripada 200 keping daging burger sehinggalah 2,000 keping daging dan selepas 4 tahun berniaga, mereka telah mempunyai kilang sendiri kerana bagi memenuhi permintaan sebanyak 10,000 keping daging burger sehari.

Perniagaan yang asalnya kecil-kecilan ini telah berkembang dan menjadi besar apabila mereka mempunyai anak syarikat untuk urusan daging, makanan beku, cafe dan lain-lain lagi.
Berikut adalah 10 Anak Syarikat Ramly Burger:

Ramly Food Industries Sdn. Bhd
Ramly Food Processing Sdn. Bhd
Ramly Food Marketing Sdn. Bhd
Ramly Food Services Sdn. Bhd
Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd
Ramly Halal Mart Sdn. Bhd
Ramly Project Management Sdn. Bhd
Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd
Ramly Halal Kiosk Sdn. Bhd
Ramly Mokni Holding Sdn. Bhd
Konsep Francais Ramly Burger
Ramly turut mengadakan usahasama bersama penjual burger atau mereka yang ingin menjadi usahawan burger dengan menggunakan platform burger Ramly.

Kini, lebih daripada 25,000 gerai Burger Ramly ada di seluruh negara. Malah, pemborong dan pengedar produk Ramly di seluruh negara juga sudah lebih daripada 70 orang.

Bukan sahaja di Malaysia, Ramly telah berkembang ke Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Bangladesh.

Jika ditanya mengenai pencapaian, Ramly Burger boleh adalah sebuah kedai burger antarabangsa yang terkenal di Asia.

Di antara anugerah yang pernah diterima oleh Ramly adalah Anugerah Pembangunan Pelanggan (1984), Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Usahawan Jaya (1992), Anugerah Kecemerlangan Industri Halal (2016) dan banyak lagi.

Pendapatan Jualan Ramly Burger
Tahukah anda, Ramly Burger bukan sahaja memperoleh hasil jualan berjuta-juta, tetapi ianya sudah mencecah RM1 bilion pada tahun 2019. Memang luar biasa sungguh.

Kini, kilang Ramly Burger terbaru yang terletak di Pulau Indah, Selangor mampu untuk menghasilkan 5 tan produk seperti nuget, bebola daging dan daging burger hanya dalam masa 1 jam.

Sumber:https://www.majalahlabur.com/inspirasi/kisah-kejayaan-ramly-burger-yang-kini-bernilai-berbilion-ringgit/