Sejak beberapa hari lalu, nama Jungle Girl menjadi bualan ramai selepas tular jangkaan hasil jualan TikTok yang mencecah RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Dalam keghairahan orang ramai bercakap mengenai jumlah itu, terdapat juga kelompok yang melihat dari sudut pandang yang berbeza.
Difahamkan bahawa dalam tempoh 28 hari, Jungle Girl telah menjual produk daripada tiga akaun TikTok Shop
serta melalui ejen affiliate, dan beliau dapat mengumpul RM7.4 juta.
Menerusi hantaran di Facebook oleh Rahim Sabri, Jungle Girl perlu menyiapkan tempahan sebanyak 400,000 botol
(RM35 untuk dua botol) untuk dihantar kepada pelanggannya. Ini bermakna beliau perlu membungkus purata 14,000 botol setiap hari untuk menyiapkan tempahan tersebut.
Tambah netizen, jika setiap hari gadis itu membuat siaran langsung, pasti beliau mempunyai pasukan yang menguruskan bahagian pembungkusan dan pengeposan.
Warganet juga mendakwa bahawa beliau pasti mempunyai ‘modal yang kuat’ kerana TikTok hanya membuat bayaran kepada pencipta kandungan selepas pelanggan menerima barangan mereka.
Menerusi satu rangkaian komen oleh seorang warganet, produk minyak Jungle Girl telah berdaftar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada masa yang sama, hasil carian individu itu mendapati bahawa produk Jungle Girl dihasilkan oleh sebuah kilang OEM kosmetik berdaftar di Kelantan. Ini menjelaskan mengapa wanita berkenaan sering menyatakan, “guna resipi daripada saya,” apabila disoal oleh orang ramai.
“Jadi, anda boleh terus menyokong produknya, dan jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat produk dalam kapasiti yang banyak dan memerlukan sokongan konsultasi yang kuat, boleh berurusan dengan syarikat tersebut,” ujar warganet itu.
BACA: Undi Melayu kini beransur-ansur kembali kepada Umno
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio