Berita baik untuk rakyat Malaysia, dapat RM200 percuma dalam e-wallet

Oleh INFORAKYAT

Berita baik untuk rakyat Malaysia, dapat RM200 percuma dalam e-wallet. Sama seperti tahun sebelumnya ketika pembentangan Belanjawan 2022, inisiatif e-Pemula buat belia pada tahun ini diteruskan lagi. Ianya telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

Apa yang menarik e-Pemula pada tahun hadapan, ianya menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan e-Pemula ini telah diperluas agihannya dimana belia (M40) pun turut akan menerima manfaatnya dimana mereka akan menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenainya.

E-PEMULA 2023

Berita baik untuk rakyat Malaysia, dapat RM200 percuma dalam e-wallet

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula bagi tahun 2023 diteruskan lagi.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-PEMULA 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

  • e-Pemula Belia
  1. Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  2. Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas
  • e-Pemula M40
  1. Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000

Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.

BACA:

‘Influencer’ iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

Caprice akui ada masalah mental, terpaksa jumpa psikiatri

Tawaran gaji hingga RM9000 di pelbagai syarikat, hadir ke temuduga khas ini