Bergaduh kerana vaksin Covid-19, lelaki bunuh 3 kaum keluarga sendiri

Ditikam

Seorang lelaki didakwa membunuh abangnya dan dua lagi individu pernah menuduh abangnya yang juga ahli farmasi cuba menyakitkan orang lain menggunakan vaksin Covid-19.

Menurut dokumen mahkamah, Jeffrey Burnham, 46, ditahan Jumaat minggu lalu atas tuduhan membunuh abangnya, kakak iparnya dan seorang wanita yang berada di komuniti lain sejauh 161 kilometer dari tempat tinggalnya.

Brian Robinette, 58, dan Kelly Sue Robinette, 57, dijumpai mati ditembak Khamis minggu lalu di kediaman mereka di Ellicott City berhampiran Baltimore manakala Rebecca Reynolds, 83, dijumpai mati malam sebelumnya di Cumberland dengan keretanya turut dicuri, kata polis.

Bergaduh kerana vaksin Covid-19, lelaki bunuh 3 kaum keluarga sendiri

Jeffrey Burnham

Reynolds adalah rakan kepada ibu suspek, lapor NBC News.

Burnham, yang tinggal di Cumberland, ditahan Jumaat lalu di West Virginia.

Berdasarkan dokumen mahkamah, ibu Burnham memaklumkan polis bahawa suspek mahu berjumpa abangnya untuk menjelaskan bahawa kerajaan meracun orang awam dengan vaksin Covid-19.

Ibunya menghubungi polis selepas bimbangkan keadaan mental suspek.

Selepas menembak abangnya, Burnham mencuri kereta abangnya dan berhenti di kediaman berhampiran dan meminta petrol.

Dia berkata kepada individu berkenaan dia akan muncul di televisyen dan abangnya membunuh manusia dengan suntikan (vaksin) Covid-19.

Individu berkenaan terus menghubungi polis.

Burnham didakwa atas satu pembunuhan dan curi kenderaan di Allegany County dan berdepan pertuduhan tambahan bagi pembunuhan dan beberapa kesalahan lain di Howard County.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/10/764156/covid-19-lelaki-bunuh-3-orang

BACA JUGA : “Kes Covid-19 akan kembali melonjak selepas beri kebenaran rentas negeri”

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Bergaduh kerana vaksin Covid-19, lelaki bunuh 3 kaum keluarga sendiri […]