Beratus-ratus burung temui ajal lepas langgar dinding bangunan

Beratus-ratus ekor burung ditemui mati selepas ‘merempuh’ bangunan pencakar langit di Bandar Raya New York, lapor agensi berita Sky News semalam.

Kematian burung berhijrah itu dimaklumkan oleh seorang sukarelawan, Melissa Breyer menerusi laman Twitter miliknya.

Breyer merupakan sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan, New York City Audubon, yang berperanan melindungi burung liar dan habitatnya.

Beratus-ratus burung temui ajal lepas langgar dinding bangunan

Burung-burung yang ditemui mati oleh seorang sukarelawan di sekitar kawasan Pusat Dagangan Dunia New York.

Breyer menemui 226 ekor burung yang mati di kawasan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan menunjukkan kawasan itu dipenuhi bangkai burung.

Biarpun ia bukan masalah baharu, namun bilangan burung yang mati minggu ini amat tinggi, malah cuaca ribut menjadi penyumbang kepada jumlah tersebut.

New York City Audubon telah merekodkan isu tersebut selama beberapa tahun.

Pengarah konservasi dan sains kumpulan itu, Kaitlyn Parkins berkata ‘keadaan cuaca yang aneh dan burung yang banyak’ merupakan ‘kombinasi sempurna’ menyebabkan burung melanggar tingkap pada bangunan pencakar langit pada Isnin lalu.

“Ribut mungkin menyebabkan burung-burung tersebut terbang lebih rendah daripada sepatutnya atau telah menyebabkan ia menjadi celaru,” kata Parkins.

Kumpulan itu juga menggesa pemilik bangunan pencakar langit untuk mengurangkan perlanggaran burung dengan memalapkan lampu pada waktu malam dan menjadikan dinding gelas lebih mudah dilihat bagi membolehkan burung untuk mengenal pasti ia sebagai ‘penghadang yang padat’.

Sebanyak 77 ekor burung dibawa ke kemudahan Wild Bird Fund di Upper West Side pada Selasa lalu.

Petugas pusat itu memberikan makanan, cecair dan ubat antiradang bagi mengurangkan bengkak dan 30 ekor burung tersebut dilepaskan di Taman Brooklyn Prospect pada keesokan harinya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/17/ratusan-burung-mati-akibat-rempuh-pencakar-langit/

BACA JUGA : Penuntut IPT maut digilis ketika cuba potong lori

COMMENTS

Wordpress (0)