Berapa sebulan perlu bayar untuk miliki Kia Carnival 2022

Berapa sebulan perlu bayar untuk miliki Kia Carnival 2022.Kia Carnival 2022 yang diimport sepenuhnya (CBU Korea) ialah kereta yang kami fikir sebagai serangan pertama Dinamikjaya Motors yang amat menarik, sesuai untuk pembeli yang mencari MPV gergasi yang nampak futuristik dan tidak membosankan. Maklumlah, dah bersepah Toyota Alphard & Vellfire kat jalan, kalah Perodua Myvi.

Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire ‘recon’? 02

Kia Carnival 11 tempat duduk (hanya terdapat satu varian di sini) bermula dari RM 196,340, tanpa insurans dan cuti cukai SST, dan tidak mengambil kira aksesori tambahan. Harga yang cukup menawan, bukan?

Berapa sebulan perlu bayar untuk miliki Kia Carnival 2022

Juga baca: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ – Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire ‘recon’? 01

Oleh itu, mari kita lihat berapakah jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar untuk memiliki MPV anak gajah ini. Ambil perhatian bahawa amaun akhir yang perlu anda keluarkan berbeza-beza mengikut faktor insurans anda (penyedia, pelan dan NCD), termasuk sebarang diskaun yang diberikan oleh penjual.

Bayaran bulanan Kia Carnival 2022 di Malaysia
Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire ‘recon’? 02

Semua pengiraan dalam artikel ini adalah berdasarkan deposit 10% (RM 19,634), dan kadar faedah sekitar 2.7% – angka purata pada masa kini.

Berapa sebulan perlu bayar untuk miliki Kia Carnival 2022

Kia Carnival – tempoh pinjaman 5, 7, 9 tahun
Tempoh Bayaran bulanan
5 tahun RM 3,343
7 tahun RM 2,501
9 tahun RM 2,033
Berdasarkan bayaran deposit 10%, kadar faedah 2.7%
Peraturan am yang baik untuk diikuti ialah kos kereta tidak boleh lebih daripada 30 peratus daripada gaji bulanan seseorang. Senang cerita: 20 peratus akan pergi ke bayaran ansuran, dan 10 peratus lagi untuk kos penyelenggaraan.

Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire ‘recon’? 03

Bercakap soal gaji, berikut ialah gaji bersih yang disyorkan mengikut tempoh pinjaman:

Kia Carnival – gaji bulanan yang disyorkan
Tempoh Amaun gaji
5 tahun RM 16,715
7 tahun RM 12,505
9 tahun RM 10,165
Perlu dikatakan bahawa walaupun tempoh pinjaman yang panjang kelihatan munasabah, terdapat sebab untuk mengelakkannya. Bagaimana dan mengapa itu berlaku diterangkan dalam artikel di bawah.

BACA JUGA : Mulai esok pengguna mesin ATM bakal dikenakan caj transaksi RM1

Neelofa umum nama anak sebagai Muhammad Bilal

Kereta hampir kena tarik sebab 3 bulan tak bayar, dedah Hairul Azreen

CATEGORIES